KANGAR: Seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar selepas berang dengan tindakannya menampar anak wanita itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, di sini.
Kejadian disaksikan pengetua serta guru disiplin SMK Perlis, ketika satu pertemuan membabitkan pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar itu sejurus pelajar lelaki Tingkatan Satu itu ditampar guru berkenaan Isnin lalu.
Berdasarkan maklumat, guru lelaki itu menampar pelajar berkenaan berikutan masalah disiplin.
Selepas berita mengenai insiden berkenaan tersebar, Pengetua SMK Perlis, Loo Way Theang dikatakan memanggil guru berkenaan untuk mendapatkan penjelasan, sebelum satu perbincangan bersama mengenainya diadakan.
Bagaimanapun, sesi pertemuan untuk menjernihkan keadaan bertukar panas, sebelum diikuti pertikaman lidah antara kedua-dua pihak sehingga ibu pelajar berkenaan bertindak menampar guru lelaki itu.
Berikutan itu, satu laporan dibuat guru berkenaan di Balai Polis Kangar pada jam 1.30 tengah hari.
HAHAAHAHAHAHAAHAHAHAHAAHAH. GEDIK LA KAU PEREMPUAN!
time aku sekolah dulu, 2-3 kali kne tampar ngan cikgu atas masalah disiplin yg aku tak buat. takde pon mak bapak aku dtg sekolah tampar cikgu tu. aku sedar sendiri, mungki perlakuan aku tu menyebabkan aku ditampar oleh guru berkenaan. kire self motivation dlm diri aku tu wujud la. kalau report kat mak bapak aku, for sure kne tambah lagi 2-3 penampar dari parents aku lak. hehe.
berbeza dgn zaman skrg. nilai hormat kepada CIKGU ni dah takde. dah hilang. CIKGU seumpama adik angkat yang semudah ABC utk diperlakukan dengan pelbagai aksi pengganas. malah lebih teruk lagi, ada segelintir parents yang terlalu mengagung2kan anak mereka walaupun perangai anak mereka kat SEKOLAH mcm SETAN (time kat rumah mmg BAIK GILE. pijak semut dpn mak bapak tak mati.) so, wujud sikap “anak aku sentiasa betul” dalam hati kebanyakan parents sekarang walhal bnyk kesilapan yang dilakukan si budak yg baru nak mengenal alam tu.
KOMEN: kepada wanita a.k.a ibu berkenaan, GUNA AKAL bukan GUNA MULUT + TGN.


















No Comment Received
Leave A Reply